twitter
rss

Falsafah pendidikan Timur digubal berkonsepkan pencapaian kebijaksanaan,mengekalkan struktur kekeluargaan, menggubal undang-undang dan juga memenuhi kehendak-kehendak sosial dan ekonomi.
Di dalam falsafah pendidikan Timur, aspek emosi, intelek dan jasmani yang mana kebijaksanaan dalam bidang muzik, puisi, kesusasteraan, sejarah, kod dan tatacara, kelakuan yang baik, seni, drama dan tarian dan pendidikan diberi keutamaan. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, unsur ini ada diterapkan yang mana para pelajar diajar mata pelajaran yang tidak teras seperti muzik serta seni untuk menjadikan pelajar seimbang dari segi emosi (Mok Soon Sang, 2009).
Salah seorang ahli falsafah yang terkenal di Timur ialah Confucius, ahli falsafah China. Falsafah pendidikan Confucius mengatakan bahawa pendidikan adalah untuk semua, tanpa mengira status sosio-ekonomi atau kedudukan sosial seperti yang disarankan oleh pendidikan di Malaysia. Di Negara ini, pendidikan diberikan kepada semua orang tidak kiralah mereka orang yang berupaya atau kurang berupaya.
Rabindranath Tagore yang merupakan seorang ahli falsafah dan penyair dari India pula mentafsirkan pendidikan sebagai proses melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan seperti aspek fizikal, intelek, moral dan kerohanian dengan penuh bermakna. Dalam FPK, terdapat elemen yang jelas menyebutkan mengenai tafsiran Rabindranath Tagore iaitu :
“Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.”
Selain itu, sumbangan Falsafah Pendidikan Timur terhadap FPK ialah mengenai penghasilan rakyat yang berakhlak mulia dan bertanggungjawa kerana ini terdapat dalam Falsafah Pendidikan Rabindranath Tagore yang menyebutkan bahawa pendidikan untuk perkhidmatan sosial dan kecekapan bertujuan untuk membolehkan individu hidup dalam masyarakat dan berpegang kepada prinsip bekerjasama, berbaik-baik dan menghormati di antara satu sama lain (Mok Soon Sang,2010).

0 comments:

Post a Comment